Welcome to My Blog (◕‿◕✿)...Don't forgot to follow ea'...Jgn lupe tinggalkan link awak di shoutbox sbb saya nk gak tgk blog awak yg chumell tu...I hope you all enjoy in this blog...hehe

Gejala Sosial dlm Remaja

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.


Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur.

Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.

Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja
Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense of belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.

Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.

Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan."
Pembentukan Akhlak Remaja Islam
Pembentukan akhlak di dalam Islam dimulai dengan pengukuhan akidah melalui ikrar bahawa tidak ada Tuhan sebenarnya yang disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Bagi kanak-kanak yang baru lahir pendedahan ini dimula dengan azan dan iqamat. Dalam peringkat berikutnya kanak-kanak dilatih dengan budaya hidup beragama Islam oleh ibu bapanya . Apabila lidah anak-anak sudah boleh bertutur mereka dilatih menyebut nama Allah.Pengungkapan syahadat sebagai suatu proses pembangunan akhlak bergandingan dengan tujuh syarat yang mustahak dipenuhi seperti mana yang disebutkan oleh Saikh Yusuf al-Badri:

a) Ilmu yang menafikan kejahilan
b) Kecintaan kepada Allah yang menafikan kecintaan kepada yang lainnya
c) Keyakinan yang menafikan keraguan
d) Penerimaan yang menafikan penolakan
e) Kepatuhan yang menidakkan keingkaran
f) Keikhlasan yang menafikan kesyirikan
g) Kejujuran yang menafikan sifat mendustakan
atau sekadar berlakon.

Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna pendidikan membentuk pemikiran, perasaan serta penanaman nilai-nilai keimanan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai 60 atau 70 lebih cabang dalam diri umat Islam. Sesungguhnya kesedaran manusia tentang kewujudan, kebesaran, kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t. tentunya akan menimbulkan keperihatinan yang tinggi terhadap arahan-arahanNya.

Dalam konteks yang sama, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang muslim ialah memastikan dirinya bersih dari kekufuran atau tanda-tanda kekufuran kepada Allah dan Rasulnya; iaitu samada menafikan perkara-perkara asas agama, atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Kemudian, ia harus memastikan dirinya terlepas dari sifat-sifat kemunafikan, samada yang bersifat tanggapan mahupun yang bersifat amalan. Kemunafikan dalam tanggapan umpamanya, meyakini sesuatu yang bercanggah dengan hakikat Islam yang sebenar walhal lidahnya mengatakan ia menurut Islam yang sebenar. Kemunafikan dalam amalan ialah melakukan akhlak-akhlak orang yang munafik seperti tidak mematuhi janji, membiasakan diri dengan berdusta dan bersifat khianat. Ia hendaklah memastikan dirinya bersih daripada kefasikan atau penderhakaan kepada Allah. Tidak melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Tidak menyalahi perintah Allah. Manusia muslim mesti menghindarkan diri dari segala kejahatan ; lahir dan batin.

Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan :
1- solat.
2- zakat dan infak.
3- puasa.
4- haji.
5- membaca al qur'an.
6- zikir.
7- memikirkan penciptaan allah.
8- mengingati mati dan memendekkan angan-angan.
9- muraqabah, muhasabah, mujahadah dan mu'atabah.
10- jihad, amal makruf dan nahi mungkar.
11- dedikasi dan bersifat tawadduk.
12- mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup laluannya.
13- mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya.



♥ Don't forget to drop your comment ♥

Bodoh Sombong


Di Malaysia ramai orang yang bersikap seperti yang di sebut oleh Allah di dalam firmanNya di bawah ini:

Firman Allah dalam surah al khaf ayat 103-104


قل هل ننبئكم با لأخسرين أعملا
الذين ضل سعيهم فى الحيوة الدنيا وهم يحسبون أنهم يحسنون صنعا 

Maksudnya:   Katakanlah (Wahai Muhammad) mahukah Kami khabarkan kepada kamu, akan orang yang rugi serugi-ruginya, amal-amal perbuatannya, (iaitu) orang yang sia-sia amal ushanya di dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa benar dan baik pada apa saja yang mereka lakukan

Ayat yang di atas sedang melanda kepada para pemimpin di dalam negara ini, mereka melakukan mengikut sekehendak hatinya dengan tidak mahu mengambil kira pandangan orang ramai pada apa saja keputusan yang di ambilnya atau mengambil kira pandangan hukum yang telah di tetapkan oleh Allah yang berkait dengan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan awam, maka pemimpin ini di sifatkan oleh Allah sebagai orang yang telah sia-sia dan rugi segala amalannya kerana sikap mereka yang bodoh sombong

Pemimpin atau orang ramai yang bersikap seperti firman di atas bukan saja bodoh dan sombong akan tetapi sebenarnya mata hatinya buta dan di akhirat nanti mata mereka akan di butakan oleh Allah sebagaimana yang di sebut oleh Allah   ومن كان فى هذه أعمى فهوفى الأخرة أعمى وأضلل سبيلا  (Sesiapa yang berada di dunia ini dalam keadaan buta mata hatinya, maka ia akan menjadi buta juga di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya) Al Israk ayat 72

Buta mata hati ini di terjemahkan kepada manusia bagaimana mereka  boleh hidup di akhirat dalam keadaan di butakan oleh Allah mata hatinya kerana sikap mereka yang bodoh sombong di dunia sehinggakan mereka tidak faham hendak menilai mana yang baik dan buruk, dan di antara yang benar dan salah, mereka hanya mengikut saja pandangan orang ramai bagaikan lembu di cucuk hidung kerana kepentingan kebendaan dan kebodohan hendak menilai mana yang benar dan salah

Orang yang buta mata hatinya memang tidak mahu di nasihati dan tidak pula mereka dapat menerima dakwah kerana di dalam hatinya telah di letakkan oleh Allah suatu penyakit yang bertambah-tambah atas kedegilan mereka, mereka ada mata, telinga dan hati akan tetapi mereka lebih cenderung menjadikan diri mereka seperti  binatang ternakan sebagaimana firman Allah dalam surah  al A'araf ayat 179

Firman Allah:

ولقد ذ رأ نا لجهنم كثيرا من الجن والأنس لهم قلوب لا يفقهون بها
ولهم أعين لا يبصرون بها ولهم ءا ذان لا يسمعون بها أولئك كالأ
نعم بل هم أضل أولئك هم الغفلون

Maksudnya:  Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam ramai dari kalangan Jin dan Manusia, yang mempunyai hati tidak mahu memahami ayat-ayat Allah, yang punyai mata tidak mahu melihat, yang punyai telinga tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat, mereka itu  seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang lalai

Ayat yang di atas sangat mengharukan kita, apakah kita  tergolong dalam kumpulan tersebut ? maka eloklah kita bertanyakan kepada diri kita sementara boleh bertaubat dan sihat badan  sebelum kita di cop oleh Allah sebagai binatang, malah lebih sesat daripada binatang,  Inilah zaman yang sedang kita berada di dalamnya, oleh kerana itu fikir-fikirkanlah....


♥ Don't forget to drop your comment ♥

Hukum mengucapkan "Merry Christmas"


 Soalan:

Bolehkah saya mengucapkan “Selamat Hari Natal” kepada rakan saya yang beragama Kristian dan mengunjungi rumahnya sempena hari perayaan tersebut?
(Nur Suliani, Sandakan, Sabah.)

Jawapan:

Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak tuhan(Allah). Keyakinan ini amat bertentang dengan Islam sebab tuhan (Allah) tidak memiliki anak.
Allah menegaskan: “Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan”
[Surah al-Ikhlas, ayat 3]
Apabila seorang muslim mengucapkan “Selamat Hari Natal”, bererti dia mengucapkan “Selamat menyambut kelahiran anak Allah”. Apabila seorang muslim menghadiri perayaan Hari Natal, bererti dia sama-sama meraikan hari kelahiran anak Allah.
Semua ini bertentangan dengan sikap seorang muslim yang sepatutnya: “Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”
[Surah al-Maidah, ayat 2]
Justeru kita sepatutnya bertolong-tolongan menjemput mereka ke agama Islam, bukan bertolong-tolongan meraikan hari kebesaran mereka yang mencerobohi dasar Islam, hingga akhirnya mereka terasa pengiktirafan kita ke atas agama mereka.
Semua ini bukan bererti memecah-belahkan rakyat Malaysia. Ini kerana persatuan dicapai dengan masing-masing penganut agama bebas mengamalkan agama mereka, bukan dengan masing-masing penganut meraikan sesuatu yang bertentang dengan agama mereka.
 
 

♥ Don't forget to drop your comment ♥

Rasulullah s.a.w dan Kucingnya.....Miauw2...

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi Muhammad SAW pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.
 

♥ Don't forget to drop your comment ♥

Nama Glamour Menyerupai Nama "Jin"

Sedikit Info, Nama glamour yang menyerupai Nama Jin :

1) Balqis
2) Najwa
3) Qistina
4) Zakwan
5) Batrisya
6) Erisya

Sumber : Tanyalah Ustaz TV9, 18 Dec 2011.
Ustaz cakap, kebanyakan kanak-kanak yang datang berubat di kliniknya mempunyai nama sedemikian. Dan Ustaz cakap tak hairanlah jin confuse, ingtakan ibu bapa kanak-kanak itu panggil Jin, rupanya panggil anak diorang.

Boleh tengok balik rakaman Tanyalah Ustaz TV9, part 3 & 4 untuk maklumat lanjut. Ustaz ada bagi buku juga untuk rujukan.
 

♥ Don't forget to drop your comment ♥

Bagaimana cara membina persahabatan?


Tips Berkawan:

1.Luangkan masa dengan lebih ramai orang.

- Sertai kelab yang anda minati. Gunakan laman sosial seperti facebook,twitter tapi pilih yang bersesuaian dengan umur anda. Namun anda juga harus keluar rumah dan jangan hanya melekap depan komputer. Sertai aktiviti sukan.

2.Cakap dengan orang

- Ambil peluang berbual dengan orang yang anda berpeluang berjumpa. Tidak perlu mengumpat, bergosip atau cerita pasal diri anda jika tidak selesa, cukup dengan topik umum seperti rancangan tv dan sebagainya.

3. Perkenalkan diri anda
- Jika anda tidak perkenalkan diri mungkin lebih sukar anda memulakan persahabatan. Sekurang-kurangnya orang yang anda bercakap itu menganggap anda ikhlas dan bersungguh.

4.Jadi sahabat yang baik
- Simpan rahsia rakan anda, tolong rakan anda bila dia ada masalah, jadi pendengar yanng baik dan jujur dalam persahabatan.

5. Pilih kawan dengan bijak.
-Walaupun persahabatan sesuatu yang membawa manfaat namun sesetengah sahabat yang memberi pengaruh buruk harus dijauhi. Misalnya sekiranya anda di bangku sekolah dan mendapati rakan anda merokok, lebih baik anda jauhi mereka jika tidak mahu dipengaruhi aktiviti memudaratkan kesihatan ini.



♥ Don't forget to drop your comment ♥

Tips jadi remaja cool di sekolah....


 
1.Selalu ingat yang hari pertama di sekolah sangat 'penting'.
-Jadi anda mesti hadir  ke sekolah.Sebelum itu buat persediaan rapi. Siapkan buku, baju, beg dan ssebagainya. Itu salah satu ciri pelajar yang cool.  Dan lepas itu anda akan lebih cool kalau datang ke sekolah tiap-tiap hari. Silap-silap anda lebih cool dari Ketua Pengawas sekolah anda.

2.Elakkan perbuatan buli atau jadi mangsa buli
-Buli memang tak COOl.. tanyalah siapa saja. Malah amat memalukan kepada orang yang melakukannya. Tapi orang bantu mangsa buli, mempertahankan diri sendiri dan kawan sekolahnya memang pelajar yang cool. Dalam berinteraksi dengan rakan sebaya, kita harus saling hormat-menghormati. Usah jadikan kelemahan dan kekurangan orang lain sebagai cara kita menunjukkan kehebatan kita. Cuba fikir jika kita berada di tempat mereka, adakah kita suka dilayan begitu?

3.Jangan peduli apa yang orang lain fikir tentang kita.
-Buat saja apa yang kita mahu buat dan percaya benar. Jika tidak suka tentang sesuatu suarakan dengan baik, lepas tu lupakan dan teruskan hidup.. Jangan peduli cakap-cakap belakang orang lain. Ada banyak perkara yang menyeronokkan dalam sekolah anda selain melayan pendapat-pendapat tidak berfaedah orang lain, Itu baru cool..


Cth;Dalam seminggu, pakai pakaian yang anda suka dan boleh buat anda rasa lebih positif. Tapi jangan lupa jaga penampilan diri dan kebersihan. Sangat tidak cool pergi sekolah dengan tidak mandi. Menjaga kebersihan diri sangat penting. Selain anda akan lebih sihat dan cergas, anda juga akan lebih berkeyakinan.

5.Jadi seorang yang berdikari.
- Remaja kool tidak ikut orang lain. Cthnya hanya kerana rakan anda pakai telefon MAHAL atau ada teman istimewa, itu tidak bermakna anda harus ikut mereka. Berbangga dengan diri sendiri. Anda unik dalam dunia ini.. Nak jadi cool, pertama jadi diri sendiri dan terima diri seadanya. ORANG COOL tetap akan cool walau bawa basikal buruk sekalipun! Bak kata pepatah 'Ular menyusur akar takkan hilang bisanya..'


Lepas cuba tips ini, pasti ada akan jadi cool. Kalau dah cool pun tambah cool. Dan apa yang anda buat selepas ini akan lebih berjaya.


♥ Don't forget to drop your comment ♥

Walaupun,,,,, ≧◔◡◔≦

  Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH ada dekat di hati kita, (♥♥,)
 
Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI ALLAH sentiasa KASIHI kita, (♥♥,)
 
Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI ALLAH ada LINDUNGI kita, (♥♥,)
 
Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI ALLAH tetap tunggu kita, (♥♥,)
 
Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI ALLAH perhatikan kita, (♥♥,)
 
Walau tak ada ORANG dengan kita TAPI ALLAH ada temankan kita. (♥♥,)
 

♥ Don't forget to drop your comment ♥

Bruno Mars (◑.◑)

Umat Islam seluruh Malaysia yang dikasihi, pernah dengar lagu It Will Rain - Bruno Mars ? Lagu tu boleh memurtadkan seseorang melalui percakapan. Contoh baris yang terdapat dalam lagu tersebut : 'There's no religion that could save me' (tiada agama yang boleh selamatkan aku), 'No matter how long my knees are on the floor' (tak kira berapa lama melutut di lantai) Ingat, murtad boleh berlaku melalui pertuturan juga. ♥Sebarkan demi akidah♥
 

♥ Don't forget to drop your comment ♥

Jgn biarkan DOSA bersarang di facebook


Perlakuan & perbuatan melalui facebook yg blh mengundang dosa yg terlalu bnyk...Namun,pda kesempatan ini,cukup saya snaraikan 5 perkara shaja iaitu:
1)mendedahkan keaiban suami / isteri
2)terlebih gmbr
3)penyamaran
4)muat turun gmbr untk simpanan & tatapan
5)tagging gmbr tanpa izin & gmbr silam yg membuka aurat

Conclusion:~
Itu lah facebook...Facebook blh menjdi smber phala jika digunakan dgn betul,malah blh menjdi penyebab azab jika digunakan tanpa ilmu & batasan...Berhati2 wahai pemilik facebook...Niat untuk mendekatkan ukhuwah antra rkn lama,sklh & sbgainyer x sma skli blh menghalalkn aktiviti bersembang mesra,gurau senda antra suami isteri serta antara wanita & lelaki yg bkn mahram...Ia hanya akn membawa kemudaratan & keruntuhan rmh tangga...Jgn la lgi mempermainkan nma ukhuwah untk membuat dosa...ukhuwah itu hanya terhad kpd sesuatu yg membawa kpd ingatkn ALLAH,mengajak ke arh kebaikan &menjauhi kemungkaran...Lihatlah surah al-Hujurat & fhmkan kalam ALLAH sebaiknyer akn erti ukhuwah dlm kalangan Mukmin...



♥ Don't forget to drop your comment ♥

Apakah maksud coco cola???









  
~ Nauzubilah ~
Satu lagi cara YAHUDI ataupun siapa saja yang tidak suka terhadap ajaran AL-ISLAM,dengan mengerdilkan dan menghina ISLAM dan ajarannya yang dibawakan oleh nabi MUHAMMAD S.A.W.hal ini makin menguatkan bagaimana kekhawatiran mereka terhadap perkembangan dan kemajuan ISLAM di abad ini.rasa kebancian dan permusuhan telah begitu nyata dan terasa bagi kita umat muslim di seluruh dunia.mulai dari penjajahan dan penghancuran bangsa palestina oleh bangsa israel/yahudi, pembumi hangusan bangsa irak oleh amerika,dan penjajahan dan penguasaan sumber daya alam dan manusia negara muslim.
satu lagi cara terbaru yang dibuat oleh mereka,yang menunjukan rasa kebencian dan islamphobia bangsa yahudi dan yang anti islam adalah menuliskan pesan tersembunyi di balik logo minuman coca cola.
sumber dari kairo mesir menyebutkan bahwa The Coca Cola Company dan produk-produknya banyak menuai kritik oleh berbagai sumber atas bermacam-macam alasan termasuk efek negatif produk-produk tersebut terhadap kesehatan, lingkungan, penggunaan pestisida dalam jumlah yang besar dalam produk-produknya, praktek eksploitasi buruh dan masih banyak alasan lagi. Tidak sedikit dari alasan-alasan tersebut yang membawa perusahaan tersebut menghadapi tuntutan hukum dan menciptakan kontroversi.
Satu kontroversi lagi terdapat pada logo produk Coca Cola. Bacalah logo tersebut dalam cermin atau terbalik, dalam tulisan Arab, apa yang anda dapat?
Sumber dari sebuah kampanye di Mesir menuduh minuman ringan terbesar tersebut atas menyinggung Islam karena logo yang terkenal tersebut terlihat mengatakan: “No to Mohamed. No to Mecca” (Tidak untuk Muhammad. Tidak untuk Mekkah). Pejabat lokal Coca-Cola mengatakan bahwa kampanye tersebut bermula dari internet pada Januari.
Pada bulan lalu, banyak selebaran didistribusikan di masjid-masjid dan sekolah-sekolah, mengajak para pelanggan untuk memboikot minuman ringan tersebut atas dasar bahwa minuman tersebut menghancurkan agama mereka.
Maulana Kalbe Jawwad, seorang kepala keagamaan Shias, mengatakan: “Hal ini merupakan penghinaan terhadap Tuhan. Kami akan meminta Muslim di negara ini dan seluruh dunia untuk memboikot produk tersebut sampai perusahaan tersebut menarik kata-kata yang menyinggung tersebut.
Maulana mengatakan bahwa ia akan meminta semua praktisi Muslim untuk menyebarkan pesan tentangn logo “yang sangat menyinggung tersebut”.
Menguatkan pendirian Maulana, S.R. Azmi Nadvi, sarjana Bahasa Arab dan kepala sekolah dari Nadwa College yang terkenal di Lucknow, mengatakan bahwa kata-kata tersebut “berlawanan dengan agama kita”. “Saya telah melihatnya (logo tersebut) dan saya yakin bahwa logo tersebut emncemarkan yang dianggap suci,” ia menambahkan.
Ia mengatakan masalah tersebut sekarang akan dibawa kepada Dewan Hukum Personal Muslim dan Liga Dunia Arab Islam di Mekkah.
Selama lebih dari beberapa hari, logo Coca-Cola tersebut telah menjadi buah bibir seluruh kota. Botol-botol diperiksa dengan seksama seperti belum pernah melihat botol tersebut sebelumnya. Tetapi sekarang Coca-Cola, yang mengatakan bahwa “minuman tersebut dinikmati oleh lebih dari satu milyar Muslim”, melawan balik. Digelisahkan oleh kemungkinan perlawanan balik dari yang dirasa menghina, minuman tersebut berunding dengan satu dari tokoh-tokoh keagamaan yang paling senior Mesir, Sheikh Nasser Farid Wassel, yang menempatkan logo berumur 114 tahun tersebut sebelum sebuah panel para ahli keagamaan.
“Merek dagang tersebut tidak dirubah sejak logo tersebut didesain sampai sekarang,” datanglah balasannya. “Logo tersebut ditulis dalam bahasa asing dan tidak dalam bahasa Arab, dan hal ini membuktikan bahwa merek dagang tersebut tidak melukai Islam atau umat Muslim secara langsung ataupun tidak langsung.”
Sheikh Nasser mendesak mereka yang berada di balik rumor tersebut untuk “takut Tuhan” karena “tulisan tersebut mendesak Muslim untuk menyebarkan rumor-rumor tidak adil… tanpa mempunyai sebuah bukti legal bahwa mereka benar.” Ia menambahkan bahwa semua tanggung jawab untuk kampanye tersebut membahayakan pekerjaan dari ribuan warga Mesir yan bekerja pada perusahaan Coca-Cola lokal.
Coca-Cola telah melengkapi staf penjualannya dengan salinan dari putusan sheikh untuk menunjukkan perhatiannya kepada para pelanggan.
Tetapi manajer urusan luar perusahaan tersebut, Mahmoud Hamdy, mengatakan bahwa sejauh ini penjualan tidak terpengaruh. Ahmed Abdul Aziz, seorang pekerja konstruksi yang minum Coca-Cola dua atau tiga botol per hari, memegang botol minuman tersebut di depan cermin sebuah sepeda motor yang diparkir. “benar bahwa anda dapat melihatnya,” ia mengatakan. “Tetapi saya tidak akan menyerahkannya sekarang. Saya telah meminumnya bertahun-tahun tanpa masalah.” Dua tahun yang lalu, sebuah kampanye yang sama ditujukan terhadap Fanta, menuduhnya mengatakan “No to Allah” (Tidak pada Allah). Protes tersebut berakhir setelah beberapa minggu.
Rumor Coca-Cola bertepatan dengan sebuah kampanye yang jauh lebih serius terhadap sebuah novel oleh penulis Syria, Haidar Haidar, menyebut Feast dor Seaweed, dimana satu karakter menggambarkan Tuhan sebagai seorang “artis yang gagal”.
Walaupun buku tersebut pertama kali diterbitkan pada 1983, sebuah harian Islam memulai serangan proaktif bulan lalu, menuduh novel tersebut atas penghinaan terhadap Tuhan dan menggambarkan buku tersebut sebagai sebuah penghinaan kepada Muslim lebih buruk dari pada kekalahan Arab oleh Israel pada 1967, sebuah hal yang memalukan bahwa hanya dapat dihapus “oleh darah”.
Harian tersebut juga memberikan nama-nama dan alamat-alamat dari pejabat-pejabat Kementrian Budaya Mesir, yang mencetak ulang buku tersebut, dari apa yang banyak dilihat sebagai penghasutan untuk pembunuhan. Pada 8 Mei, siswa-siswa religius melakukan kerusuhan terhadap atas buku tersebut dalam protes terburuk selama bertahun-tahun.
Coca Cola juga merupakan salah satu produk milik Yahudi yang beberapa waktu lalu juga mendapat pemboikotan global seputar serangan Israel di Jalur Gaza yang menewaskan ribuan orang...


♥ Don't forget to drop your comment ♥