Welcome to My Blog (◕‿◕✿)...Don't forgot to follow ea'...Jgn lupe tinggalkan link awak di shoutbox sbb saya nk gak tgk blog awak yg chumell tu...I hope you all enjoy in this blog...hehe

Meow2

 
Tahukah anda Nabi Muhammad S.A.W juga membela kucing?
 

Salah satu kucing kesayangan baginda ialah Muezza. Diriwayatkan, suatu ketika Nabi ingin menunaikan solat setelah mendengar laungan azan, tetapi Muezza sedang nyenyak tidur di atas jubahnnya. Oleh kerana baginda tidak mahu mengganggu tidur Muezza, maka baginda memotong bahagian yang digunakan oleh Muezza sebagai lapik tidurnya. Sesudah Nabi kembali ke rumah, dilihat Muezza kelihatan kesal dengan perbuatannya dan dilihat cuba memohon maaf atas perbuatannya.

Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi suka ialah, dia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan ada masanya suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Beberapa orang terdekat Nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq, isteri Nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan ketika kucingnya mati. Abdurrahman bin Sakhr Al-Azdi, digelar sebagai Abu Huruyrah yang bermaksud bapa kucing jantan kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Malah bagi mereka yang pernah ke Tanah Suci Mekah, pasti berpeluang menziarahi Masjid Kucing. Dikatakan setiap kali masuk waktu solat, kucing akan berkumpul di situ. Malah ada pernah terdengar cerita, sesetengah orang semasa menunaikan haji ternampak kucing mengadap kiblat seolah-olah sedang bersolat . Wallahualam...

♥ Don't forget to drop your comment ♥

No comments:

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers