Welcome to My Blog (◕‿◕✿)...Don't forgot to follow ea'...Jgn lupe tinggalkan link awak di shoutbox sbb saya nk gak tgk blog awak yg chumell tu...I hope you all enjoy in this blog...hehe

7 Maut di Lekir

Manjung: Enam terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler di KM6 Jalan Lekir-Manjung malam tadi ketika rakyat Malaysia menanti detik sambutan tahun baru 2012.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, mengesahkan setakat ini enam terkorban dalam nahas jam 11.30 malam itu.
"Berdasarkan maklumat awal, kemalangan itu setakat ini meragut enam nyawa, namun mungkin ada kematian atau kecederaan lain kerana keadaan masih kelam kabut di lokasi kejadian," katanya ditemui di sini, awal pagi ini.

Mohd Shukri berkata, pegawai penyiasat masih berada di lokasi kejadian dan sedang mengumpulkan maklumat mangsa yang meninggal dunia dan cedera.

 2012/01/01

MANJUNG: Seorang mangsa yang kritikal dalam kemalangan maut di Jalan Lekir-Teluk Intan dekat sini lewat malam tadi, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung kira-kira jam 8 pagi ini.

Kematian beliau menjadikan keseluruhan tujuh maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler pada 11.30 malam tadi itu.

 MANJUNG: Berikut adalah senarai tujuh mangsa yang terbunuh dalam kemalangan maut membabitkan dua kereta dan sebuah treler di KM6 Jalan Lekir-Teluk Intan, Manjung, Perak, pada 11.30 malam tadi.

- Mohd Hisham Mat Zaki, 23,
- Badrul Isa Sulaiman, 20,
- Mohd Hadi Sulaiman, 17,
- Mohd Shafiq Riduan Yusuf, 16,
- Ahmad Faizal Ahmad Termizi, 15,
- Mohd Shadan Mohd Arshad, 15, dan
- Mohd Kamil Tamsuri, 15.

Semua mereka adalah dari Kampung Batu 15 Lekir kecuali Mohd Shafiq dari Kampung Batu 14 Lekir.

Semua mangsa berada dalam Honda Stream. Seorang lagi rakan mangsa, Khairul Faiz Mohd Noor, 17, cedera. Pemandu treler, Abd Rashid Mohd Hisham, 49, juga cedera.
♥ Don't forget to drop your comment ♥

No comments:

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers