Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.
Antaranya kawan kita boleh menjadi :
- tempat kita meluah perasaan
- teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
- boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
- boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
- boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
- dan banyak lagi laaa…
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.
Cuma persoalannya sekarang ialah ;
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita?Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.
- 1. Sebarkanlah salam
Mengenai salam ni, nabi SAW ada berpesan dalam sabdanya ”
”Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam.” (Hadith riwayat Abu Daud)
- 2. Kenali perangai kawan anda
”Tak kenal, maka tak cinta”.Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda. Adakah anda tahu faham perangai kawan-kawan anda? Apa kelemahan mereka? Apa kelebihan mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, anda dengan mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat. Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti mereka.
- 3. Menjadi pembela kepada kawan anda
- 4. Saling memaafkan
- 5. Setia dalam persahabatan
- 6. Saling mendoakan
InsyaAllah, saya yakin, sekiranya anda amalkan 6 tips di atas tu, pastinya hubungan baik anda dengan kawan akan dapat dikekalkan.
Kongsikan artikel ini dengan semua kawan-kawan anda supaya mereka juga memahami perkara ini. Dan seterusnya menjaga hubungan baik dengan anda sebagai kawan mereka.
Saya doakan semoga hubungan persahabatan anda berkekalan dan sentiasa mesra.~Amin~
No comments:
Post a Comment